Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Diantar sika sikap Rosulullah

Berikut sikap sikap Rosulullah yang patut di teladani, semoga kita semua bisa menirunya:


Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
Paling penyabar
Tidak sombong
Tawaduk dan Tenang
Tidak terganggu dengan urusan dunia
Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
Baginda tidak memakan harta sedekah.
Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
Menyukai kebersihan dan bau-bauan
Menyukai jubah bulu/syamlah
Berkenderaan kaldai dan unta
Mengunjungi orang susah dan sakit
Memuliakan orang-orang berakhlak
Pembela golongan lemah dan wanita
Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
Suka menasihati dan member tunjuk ajar
Berbuat baik dengan golongan bangsawan
Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
Dan banyak lagi.